Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Aduan rakyat diberi perhatian serius dalam mesyuarat Exco – MB Kelantan
utamavideo

Aduan rakyat diberi perhatian serius dalam mesyuarat Exco – MB Kelantan

Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 26 Mac – Aduan serta permasalahan rakyat terus diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri Kelantan apabila perkara tersebut menjadi antara fokus utama dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Mabna, semalam.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, mesyuarat yang dipengerusikannya itu membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran negeri termasuk isu semasa yang dihadapi rakyat.

Menurutnya, setiap aduan yang dikemukakan diteliti dengan sebaiknya bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil segera demi menjaga keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

“Pelbagai perkara berkaitan pentadbiran negeri dibincangkan, termasuk aduan serta permasalahan rakyat yang diteliti dengan sebaiknya bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil segera,” katanya melalui laman rasmi, semalam.

Sementara itu, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud memaklumkan Mesyuarat Exco Kali Ke-6 Tahun 2026 itu turut memberi tumpuan kepada agenda penting negeri.

Beliau berkata, pertemuan yang diadakan dalam suasana Syawal itu diharapkan dapat menghasilkan beberapa penyelesaian terbaik demi kemudahan serta kebajikan rakyat.

“Perjumpaan pada Syawal ini insya-Allah membuahkan beberapa agenda dan penyelesaian terbaik demi kemudahan serta kebajikan rakyat sebagaimana agenda kali ini,” katanya di laman rasmi, pada Rabu.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan