Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Paip utama pecah siap dibaiki, bekalan air di Pasir Mas pulih berperingkat
utama

Paip utama pecah siap dibaiki, bekalan air di Pasir Mas pulih berperingkat


Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 26 Mac – Gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Pasir Mas kini dalam proses pemulihan secara berperingkat selepas kerja pembaikan paip utama yang pecah berjaya disiapkan.

Pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menerusi satu hantaran di laman rasminya semalam menyatakan, gangguan bekalan air bersih di kawasan tersebut berpunca daripada kerosakan paip utama bersaiz 450 milimeter di Jambatan Kelar yang menjejaskan bekalan air kepada penduduk setempat.

Katanya, pihak berkaitan telah mempergiat usaha pemulihan termasuk menambah jumlah lori tangki air kepada sepuluh buah berbanding tujuh sebelum ini.

"Lori tangki berkenaan digerakkan bagi penghantaran bekalan air ke tangki statik serta premis pengguna di kawasan terjejas," jelasnya. 

Menurut AKSB lagi, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 36 hingga 48 jam selepas kerja pembaikan, khususnya bagi kawasan di penghujung rangkaian paip yang lazimnya mengambil masa lebih lama untuk menerima semula bekalan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya terus bersabar dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pemulihan.

"Pihak AKSB memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta menghargai kerjasama semua pihak dalam menghadapi situasi berkenaan," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan