PASIR PUTEH: Perikatan
Nasional (PN) dijangka mempunyai peluang cerah pada pilihan raya umum (PRU)
ke-16 memandangkan rakyat negara ini semakin hilang kepercayaan terhadap kerajaan
diterajui Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ramai yakin PAS yang menerajui PN sekarang mempunyai potensi memimpin negara dengan mengambil kira sokongan rakyat.
Kata beliau berdasar perkemangan itu PAS ada potensi untuk mengisi jawatan kepimpinan utama negara dengan persetujuan parti-parti komponen PN.
“Bagaimanapun hasrat tersebut tertakluk kepada keputusan gabungan PN kelak. Kita perlu pastikan lebih ramai wakil rakyat PAS mempunyai kerusi di parlimen pada PRU16," katanya ceramah jelajah penerangan isu semasa di sini malam tadi.
Beliau yang juga ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, komitmen PAS untuk menterjemahkan pentadbiran seperti yang dilaksanakan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis di peringkat persekutuan.
Menurutnya PAS dan PN sedia menawarkan pemerintahan yang berbeza di peringkat persekutuan dengan kerajaan yang ada sekarang.
"InsyaAllah kali ini pusingan roda Islam, Islam berada di atas. Siapa fikir ada orang Islam yang berani melawan Amerika seperti berlaku di Asia Barat sekarang," katanya.

0 Comments