Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 PAS guna pendekatan berfokus hadapi PRN Johor
utamavideo

PAS guna pendekatan berfokus hadapi PRN Johor

Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Perkembangan PAS di Johor dianggap memberangsangkan di mana kepimpinannya berwibawa, integriti dan memiliki semangat juang yang tinggi.

Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) PAS Johor, Tan Sri Annuar Musa berkata, PAS Johor menunjukkan gerakan siasah, dakwah dan tarbiyyah berjalan lancar sepanjang masa.

Katanya barisan kepimpinan yang berwibawa, berintegriti dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

"Kebijaksanaan serta pandangan jauh kepimpinan PAS dalam menentukan prinsip perjuangan menjadi faktor yang memudahkan saya melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Saya menerima pelantikan ini sebagai  sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar yang akan dilaksanakan sebaik mungkin demi parti dan perjuangan Islam. Saya akan laksana tugas ini sebaik mungkin, insya-Allah,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat berkata, tahap kesiapsiagaan jentera pilihan raya PAS Johor berada pada tahap baik dan tersusun di semua kawasan.

Menurutnya Johor sebagai sebuah negeri yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan memerlukan pendekatan politik yang cermat serta selari dengan naluri dan hati nurani Bangsa Johor.

Katanya menangani percaturan politik di Johor perlu cermat dan sesuai dengan naluri serta hati nurani Bangsa Johor.

Beliau turut menyambut baik pendirian PAS yang mengamalkan politik matang dan sejahtera serta tidak melihat PRN Johor secara terpisah daripada matlamat lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"PAS tidak bergerak secara bersendirian atau bersifat haloba, sebaliknya mengambil pendekatan pragmatik dan terbuka demi kepentingan perpaduan Melayu dan Islam serta keharmonian masyarakat majmuk.

“PAS melihat kepada kepentingan lebih besar iaitu perpaduan Melayu dan Islam serta perlu meraikan kemajmukan pelbagai kaum yang harmoni,” katanya.

Annuar optimis PAS mampu mengharungi PRN Johor dengan pendekatan yang strategik dan berfokus kepada kemenangan jangka panjang.

“Dalam senario sedemikianlah PAS akan melalui PRN Johor kali ini, to win the war and not just winning the battle, insya-Allah,” tambahnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan