KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini mengubal semula Enakmen Kanun Syariah menggantikan seksyen-seksyen yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2024 ekoran kes itu dibawa Nik Elin Nik Abdul Rashid.
Draf rang undang-undang (RUU) tersebut disiapkan pada Julai 2025 dan kemudian diangkat dan diluluskan oleh jawatankuasa induk yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Draf RUU kemudiannya diteliti dan pertimbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada suku ketiga tahun 2025.
RUU itu mengandungi sembilan bahagian, 62 seksyen dan satu jadual.
Dr Mohamed Fadzli ketika membentang RUU tersebut berkata, ia digubal berdasarkan prinsip ‘pith and substance’ intipati sebenar sesuatu peruntukan undang-undang.
Katanya ia memberi penekanan kepada taklifan (kewajipan) agama yang diperintahkan syarak sebagai intipati bagi setiap kesalahan susunan dibuat mengikut kerangka maqasid syariah iaitu penjagaan agama (hifzal-din), diri dan maruah (hifz al-ird).
“Maka RUU ini dijenamakan sebagai Rang Undang-Undang (Enakmen) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun).
Pada 9 Februari 2024 Mahkamah Persekutuan melalui keputusan majoriti 8–1, dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Abdul Rahman lawan Kerajaan Kelantan telah memutuskan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan tidak sah dan terbatal, kerana dikatakan sebagai melangkaui bidang kuasa perundangan dewan undangan negeri.


0 Comments