Mangsa kebakaran dapat bantuan Tabung Serambi Mekah

 

RANTAU PANJANG: Mangsa kebakaran di Cabang 3 Kampung Bagus dekat sini menerima bantuan Tabung Serambi Mekah yang disampaikan Adun Gual Periok, Kamaruzaman Mohamad.

Lima keluarga yang terlibat dengan kejadian malang Khamis lepas iaitu Nik Marwati Mustafa, Norizni Mahmud, Mek Nga Yusoff, Hafiz Muhammad dan Mohd Rosli Abdullah.

Kebakaran terbabit mengakibatkan tiga rumah musnah sepenuhnya, manakala dua lagi mengalami kerosakan akibat dijilat api.

Pegawai serta kakitangan Bomba dan Penyelamat dari Balai Pasir Mas, Rantau Panjang dan Bandar Baru Tunjong bertungkus lumus memadam kebakaran.

Kamaruzaman berkata, hampir semua barangan keperluan harian tidak dapat diselamatkan termasuk turut musnah tiga motosikal.

“Semoga sumbangan awal Tabung Serambi Mekah diharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mangsa. Insya-Allah, kami akan memantau perkembangan dan berusaha membantu melalui saluran sewajarnya.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga semua mangsa diberi kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah SWT menggantikan segala kehilangan dengan rezeki yang lebih baik,” katanya di sini.

Hadir sama pada majlis penyerahan bantuan tersebut Penghulu Mukim Bandar Rantau Panjang, Wan Idris Wan Deraman dan petugas Pusat Khidmat Dun.


 

Post a Comment

0 Comments