Ticker

6/recent/ticker-posts

FAKTA TENTANG ISU 90 JUTA YANG DAP-PH TIDAK MAHU ANDA TAHU 1. Ketua Pesuruhjaya SPRM telah mengesahkan TIADA KEMASUKAN dana 1MD...



#pas

FAKTA TENTANG ISU 90 JUTA YANG DAP-PH TIDAK MAHU ANDA TAHU

1. Ketua Pesuruhjaya SPRM telah mengesahkan TIADA KEMASUKAN dana 1MDB berjumlah RM90 juta ke dalam akaun PAS.

2. Tuan Guru Presiden PAS telah menang 5-0 ketika pendengaran permohonan interlokutori dalam kes saman Tuan Guru terhadap Sarawak Report.

Keputusan mahkamah yang menyebelahi PAS dalam pendengaran interlokutori ini membuktikan betapa Clare Rewcastle Brown (CRB)/ (pemilik Sarawak Report) tiada bukti dalam menuduh TGHH menerima RM90 juta dan mereka akan terus mengalami kesukaran mencari bukti menuju perbicaraan.

3. Kenapa tarik saman CRB dan buat penyelesaian luar mahkamah?

Isu penyelesaian saman luar mahkamah ialah hak kepada si penyaman dan buka pertama kali dilakukan bahkan pernah dibuat oleh Lim Guan Eng dalam kes samannya terhadap Ust Nasaruddin Tantawi dan Mujahid Yusof Rawa dalam kes samannya terhadap Dr. Kamarul Zaman Yusof.

Sekiranya Tuan Guru menang dalam kes saman ini, jumlah ganti rugi yang akan diperoleh adalah sangat sedikit berbanding kos berjuta-juta yang dikeluarkan.

Atas semua kemungkinan pertimbangan apa yang kita sudah dapat, apa yang kita akan tanggung dan apa yang kita akan dapat, memang tidak berbaloi untuk kes ini diteruskan sehingga ke perbicaraan. Hakikatnya, PAS sudah pun dapat apa yang diperlukan ketika menang perbicaraan interlokutori.

4. Isu ini sudah dimainkan sejak sebelum PRU-14 lagi namun tiada satu bukti kukuh dan berasas pun berjaya dibawa .

Sehingga hari ini, semua individu yang menuduh PAS menerima RM90 juta GAGAL membawakan bukti dan menyabitkan PAS dengan kesalahan tersebut. Jika kalian benar, berikan bukti, jangan hanya tayang kertas hitam di malam yang kelam.

Cukuplah dengan politik persepsi dan fitnah ini. Pimpinan parti politik perlu belajar beretika, berintegriti dan tidak bermain persepsi.

PAS dengan ini ingin mengajak semua pihak untuk mencontohi PAS dalam dua hal ini seiring dengan tuntutan agama:

1. Menjadi sebuah parti dan kerajaan yang bebas rasuah dan berintegriti
2. Berpegang pada prinsip 'innocent until proven guilty'

#MalaysiaSejahtera
#1Lawan1
#PenyatuanUmmah

...
-Baca seterusnya...
2022-09-14 09:49:52

#pas

Post a Comment

0 Comments