Ticker

6/recent/ticker-posts

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebut dalam ucapan ceramah Pra Sambutan 32 tahun PAS mentadbir Kelantan, “Kita akan bertindak s...



#pas

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebut dalam ucapan ceramah Pra Sambutan 32 tahun PAS mentadbir Kelantan,

"Kita akan bertindak sebagai pendamai antara parti UMNO dan BERSATU. UMNO negeri-negeri umum nak lawan dalam pilihan raya nanti, boleh nak lawan cuma kita tidak mahu kata pepatah iaitu menang jadi abu dan kalah jadi arang. Kita nak berlawan biar cerdik, bijak, kita berlawan untuk capai kemenangan."

Walaupun UMNO dan BERSATU tidak boleh duduk bersama, namun pelan perdamaian perlu dirangka secara berhemah dan bijaksana agar ia tidak merugikan kedua-dua belah pihak.

UMNO dalam Barisan Nasional dan PAS bersama PN tidak boleh bertembung sesama sendiri khususnya dalam 27 kerusi parlimen yang dilihat memberi laluan mudah kepada PH.

PAS tidak akan berhenti daripada melaungkan bagi agenda penyatuan ummah sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Kita akan rangka strategi bagi menyekat kemaraan PH. Rugi bergaduh sesama sendiri jika akhirnya kita hanya mengulang kesilapan PRU-14.

"Selepas pilihan raya lalu menyaksikan kerajaan PH tumbang selepas wakil rakyat BERSATU keluar kerajaan, kita pakat tolong UMNO sebab bagi kita musuh utama ialah PH, tidak mahu PH menang lagi. Tak kan kita menang nak tolak BERSATU tak kena, kita berkawan begitu, PAS dan UMNO dalam kerajaan sekarang kerana jasa BERSATU, kalau BERSATU tidak keluar kita masih kekal sebagai pembangkang." -Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Sahut seruan Mursyidul Am PAS dan Tuan Guru Presiden. Kita tolak mudarat politik yang lebih besar dengan menjayakan agenda Penyatuan Ummah.

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-01 03:13:35

#pas

Post a Comment

0 Comments