𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 KEPADA SEMUA
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT, PAS diberi kepercayaan dan kemenangan yang besar di Kelantan di bawah Perikatan Nasional (PN) bagi mewakili rakyat di Parlimen seterusnya membentuk Kerajaan Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli parlimen di Kelantan yang telah diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat untuk membawa agenda yang besar di Dewan Negara. Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam gerak kerja akan datang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pengundi yang telah menzahirkan sokongan masing-masing melalui undi anda dan majoriti kemenangan di seluruh Kelantan.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada seluruh warga kerja yang berusaha sehabis daya dalam gerak kerja kempen yang berterusan. Kalian semua adalah yang terbaik, hanya Allah yang mampu membalas kerja buat semua yang ikhlas demi memenangkan Islam. Kita telah bekerja dengan bermaruah dan penuh integriti.
Marilah kita istiqamah dalam membina diri dan ummah demi kesejahteraan yang diredai Allah SWT.
#PNBEST #PerikatanNasional #BersihdanStabil
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-21 05:54:39
#pas
#pas
0 Comments