Ticker

6/recent/ticker-posts

Rakyat kini amat memerlukan sebuah kerajaan yang prihatin, bersih, dan stabil bagi menjamin kemakmur...



Rakyat kini amat memerlukan sebuah kerajaan yang prihatin, bersih, dan stabil bagi menjamin kemakmuran yang berterusan, pada masa yang sama membina Malaysia yang inklusif dan gemilang. Kita ingin membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam menuju keredhaan Allah SWT.

Oleh sebab itu, Perikatan Nasional (PN) hadir dengan Tawaran PN BEST bertemakan "Prihatin, Bersih, dan Stabil" ke arah "Malaysia Gemilang" bagi mempertahankan keluhuran Perlembagaan, menjunjung Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan melindungi hak semua kaum, serta berteraskan 12 tunjang utama seperti berikut:

1. Membina Ekonomi Masa Hadapan
2. Meningkatkan Nilai dan Taraf Hidup Rakyat
3. Membersihkan Politik dan Tadbir Urus
4. Menyejahterakan Bumiputera, Orang Asli, dan Semua Kaum
5. Merapatkan Jurang Pembangunan antara Wilayah
6. Melestarikan Alam Sekitar dan Merancakkan Pelancongan
7. Memperkasa Belia dan Menyejahterakan Keluarga Muda
8. Mengoptimumkan Potensi Wanita
9. Membina Warga Emas yang Sejahtera
10. Memperkasa Orang Kelainan Upaya (OKU)
11. Memperkasa Generasi FELDA
12. Mentransformasi Petani, Penternak, Nelayan, dan Pekebun Kecil

Sebagai bukti komitmen PN terhadap pelaksanaan segala tawaran ini, sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai ahli pakar akan dibentuk bagi memantau segala pelaksanaan inisiatif dan program yang terkandung dalam Tawaran PN BEST.

Insya-Allah, dengan sedikit pengalaman sebagai kerajaan ketika negara berhadapan dengan krisis politik, kesihatan, dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, PN yakin bahawa kesemua tawaran ini dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan dengan sokongan semua penjawat awam, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pihak swasta, dan rakyat seluruhnya.

Kepada Allah SWT kita berserah dan memohon pertolongan.

#MalaysiaSejahtera
#BersihDanStabil
#BEST
#TurunMengundi























...
-Baca seterusnya...
2022-11-07 06:00:25

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments