TAKZIAH KEPADA PEMIMPIN IKHWANUL MUSLIMIN, DR. IBRAHIM MUNIR
PAS mengucapkan takziah atas pemergian Dr. Ibrahim Munir, Timbalan al-Mursyid al-Am Ikhwanul Muslimin yang kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lalu.
Dr. Ibrahim meninggal dunia di United Kingdom pada usia 85 tahun. Beliau memainkan peranan penting memimpin Ikhwanul Muslimin setelah ketiadaan Dr. Mohammad Badie yang ditangkap selepas kudeta oleh Abdel Fattah al-Sisi.
Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan besar khususnya kepada dunia gerakan Islam amnya, dan khususnya terhadap Ikhwanul Muslimin. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, diterima amal solehnya dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada' dan solihin.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-07 12:30:38
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments