TERIMA KASIH PENGUNDI PASIR MAS BERI 44444 - USTAZ FADHLI SHAARI
PASIR MAS - Kemenangan bergaya dengan deretan lima angka empat (44444) menyaksikan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewakili Perikatan Nasional (PN) Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, mencantikkan lagi potret kemenangan 14-0 PN di Kelantan dalam Pilihanraya Umum ke-15
(PRU15), semalam.
Ustaz Fadhli bersyukur dan berterima kasih kepada semua pengundi Pasir Mas dan seluruh saf kepimpinan serta jentera yang menjayakan misi kemenangan sehingga berjaya menambah majoriti undi yang beliau raih pada PRU14 lalu.
Pada PRU14, Ustaz Ahmad Fadhli memperolehi 28080 undi dan majoriti 13,075.
Manakala Keputusan PRU15 beliau berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ab Ghani Harun yang mendapat 13,727 undi.
Diikuti Datuk Husam Musa (Pakatan Harapan) sebanyak 6,439 undian manakala Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Gerakan Tanah Air) dengan 543 undi.
Ustaz Fadhli Shaari memperoleh majoriti 30,717 undi berikutan 69.96 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi daripada 65,153 pengundi keseluruhan dan 819 kertas undi pula ditolak.
Keputusan penuh PRU15 bagi P022 Parlimen Pasir Mas tersebut diumumkan Pegawai Pengurus pilihan raya, Hazmi Abdul Hamid di Kolej Vokasional Pasir Mas.
Ketua Pemuda PN itu beriltizam untuk mempergiat perkhidmatan kepada rakyat dengan melaksanakan mandat sebagaimana yang terkandung di dalam manifesto PN dan komitmen 7P untuk semua rakyat Pasir Mas.
"Kita bersyukur atas kemenangan dan insaf akan tanggungjawab yang wajib ditunaikan.
Terima kasih atas kepercayaan dan kita akan bekerja lebih kuat tanpa mengira agama dan bangsa apatah lagi perbezaan politik demi merealisasikan Pasir Mas, Rakyat Sejahtera," katanya ketika dihubungi, hari ini.
#PascaPRU15
#P022PasirMasMenangBergaya

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-20 06:04:57
#semasa
#semasa
0 Comments