KETAKUTAN PALSU YANG DICIPTA MUSUH ISLAM
Sedar atau tidak dalam banyak banyak agama hanya Islam yang menjadi sasaran untuk ditakut-takutkan sehingga wujudnya istilah Islamofobia?
Satu fenomena kebimbangan atau fobia kepada Islam. Sama ada orangnya, ajarannya atau apa sahaja yang terkait dengan Islam.
Disinonimkan dengan keganasan, perang dan ancaman kepada orang bukan Islam.
Sehingga jika ada entiti yang membawa imej perjuangan atas nama Islam dianggap kumpulan yang ditakuti dan memberi ancaman.
Sedangkan, masih ada banyak lagi gerakan yang memang ternyata mempelopori keganasan.
Di Sri Lanka ada Tamil Elam, di India ada Khalistani, di Sepanyol ada Basque Seperatists dan yang terkejam kepda umat Islam di Palestin ada Zionis Israel.
Tetapi tidak pula dikaitkan mereka dengan istilah seperti Kristianofobia atau Hindufobia atau Judaismofobi.
Ironi bukan?
Di Malaysia, PAS juga dikaitkan dengan Islamofobia oleh pihak-pihak yang gerun dengan kekuatan PAS.
PAS tidak pernah berganjak daripada prinsip dan dasar perjuangannya iaitu Islam dan keras menentang mereka yang tidak putus asa mencabar kedaulatan Islam.
PAS sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ikhlas membawa agenda perjuangan yang sama bukan yang bertopeng demi kuasa semata-mata.
PAS melalui gabungan Perikatan Nasional ternyata menjadi tumpuan dalam PRU-15. Dinamika politik PAS yang sentiasa menyerap suhu politik semasa tidak pernah menggelincirkan PAS daripada prinsipnya.
Semakin kuat dilambung lawan tetap kembali bertempur dalam gelora lautan yang sama dengan badai politik yang sama.
Dan PRU-15 ini PAS benar-benar membawa suatu gelombang ombak besar atau tsunami sokongan Melayu Islam di Malaysia dengan menghanyutkan segala persepsi jahat musuh yang dibina untuk menenggelamkan kemaraan PAS.
Kejayaan PAS mentadbir negeri di bawahnya bukti Islam yang dibawa PAS tidak pernah mengancam keharmonian antara masyarakat dan kemananan negara.
Tiada setitik darah pun yang tumpah, tiada satu jiwa pun yang dibunuh kerana pemerintahan Islam.
Namun PAS tetap dituduh Taliban, ekstrimis dan rasis. Semua ini dilaungkan untuk menakutkan rakyat terhadap kemaraan PAS dan Islam.
"Pandangan para orientalis dan media Barat yang paling bermusuh serta berbohong terhadap Islam yang disebarkan di negara Barat telah diimport ke Malaysia oleh DAP, sehingga dilaporkan maklumat yang salah terhadap PAS. Tindakan ini secara halus boleh mengelirukan mereka yang tidak mengkaji Islam daripada sumber asalnya.."
https://bit.ly/3uPQlks
Menurut Pelapor Khas PBB pula, Islamofobia ialah suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat kebencian pada orang Islam.
Jelaslah di sini, Islamofobia dibina atas persepsi negatif atau kurang tepat kepada Islam oleh pembenci Islam.
Jangan takut dengan PAS dan marilah bersama PAS. Takutlah akan terhanyut dengan pengecut yang berselindung atas nama perpaduan namun bersekongkol demi kuasa.

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-17 04:08:31
#pas
#pas
0 Comments