Ticker

6/recent/ticker-posts

PAS MENUJU 100 TAHUN PENUBUHAN Perjuangan Islam telah dijanjikan kemenangan oleh Allah SWT. Apa ya...



PAS MENUJU 100 TAHUN PENUBUHAN

Perjuangan Islam telah dijanjikan kemenangan oleh Allah SWT.

Apa yang berlaku pada tahun ini hanyalah sebahagian daripada sebuah perjalanan panjang PAS dalam menuju ke 100 tahun penubuhannya.

71 tahun telah berlalu buat PAS. Dari fasa perjuangan kemerdekaan Malaya sehingga ke hari ini.

Dimulai dengan era dekad 1960an dan 1970an yang sangat mencabar. Krisis di Terengganu dan Kelantan memberikan pengajaran yang besar kepada PAS. Tahun berganti tahun, PRU-15 menyaksikan PAS menyapu bersih kesemua kerusi di sana.

Dalam dekad 1980an, simbahan semangat kebangkitan semula Islam memberikan suntikan baru. Generasi kebangkitan Islam mulai berbondong menyertai harakatul ummah ini.

Persitiwa pembersihan PAS pada tahun 2015 pula menjadi kekuatan yang membuahkan hikmah sebelum hadir 2022 yang memberikan kemenangan besar buat PAS kerana sekaligus menjadi parti yang memenangi kerusi terbanyak.

Menang atau kalah, PAS kekal menjadi PAS. Hanya orang yang beriman akan faham bahawa bukan kemenangan dunia yang ahli-ahli PAS mahukan melainkan ketahanan beristiqamah melangsungkan perjuangan.

Dalam himpunan di Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) juga Tuan Guru selaku Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah menegaskan,

"Kebangkitan Islam pasti berlaku. Allah menjanjikan Islam tidak boleh dipadamkan cahaya-Nya di mana obor-Nya itu akan tetap dinyalakan di mana sahaja oleh satu kumpulan dalam kalangan umat Islam."

Perkembangan terbaru yang membanggakan PAS terbukti dalam PRU ini. Hasil daripada kelemahan sistem jahiliyyah telah membawa kesedaran kepada masyarakat untuk kembali kepada Islam.

Keyakinan kita kepada kemenangan Islam ini bukanlah sebuah angan-angan, namun kita bekerja dengan perancangan.

Buktinya, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) telah dilancarkan pada 2017. Ia berupa satu model baru oleh PAS sebagai panduan asas untuk mentadbir negara berdasarkan prinsip Islam dalam realiti moden.

Falsafah WINS 2051 ini bertepatan dengan matlamat penubuhan PAS pada 1951 iaitu untuk 'membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam'.

Pada 2051 itu genaplah usia 100 tahun PAS. Alhamdulillah, 7 dekad sudah berlalu. Besar harapan dan keyakinan kita untuk mengisi 3 dekad yang berbaki ini dengan segala kekuatan yang ada dengan simbiosis usahasama antara ulamak, professional, dan aktivis dalam PAS.

Teruskan bekerja, berusaha dan berdoa dengan keyakinan bahawa Islam pasti akan menang.

ZURK AHMAD



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-17 12:12:45

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments