Ticker

6/recent/ticker-posts

قَالَ ٱللَّهُ هَٰذَا يَوۡمُ يَنفَعُ ٱلصَّٰدِقِينَ صِدۡقُهُمۡۚ لَهُمۡ جَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ...



قَالَ ٱللَّهُ هَٰذَا يَوۡمُ يَنفَعُ ٱلصَّٰدِقِينَ صِدۡقُهُمۡۚ لَهُمۡ جَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدٗاۖ رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang berintegriti (benar pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar. (Surah Al- Maidah, 119)

Pagi semalam, saya diminta untuk mewakili YAB Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menyampaiakn Amanat Perdana sempena Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan tahun 2022 di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim.

Dalam membentuk sebuah negeri bersih dan berintegriti kejayaan dasar Membangun Bersama Islam telah memterjemahkan kehendak politik (Political Will) dan menjadi tonggak keutuhan dan kestabilan negeri berteraskan penghayatan kepada prinsip Ubu'diyyah, Mas'uliyyah, dan It'qan".

Inilah rahsia kejayaan pentadbiran Kelantan sejak tahun 1990 sehingga sekarang yang ditunjukkan oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga Kelantan menjadi model sebuah Kerajaan bersih dan berintegriti.

Diharapkan gabung jalin diantara Pelan Tindakan Integriti dan penerapan kepada prinsip Ubbuidyyah, Masulliyah dan Itqan maka Kerajaan Negeri yakin Kelantan akan terus melangkah kehadapan sebagai sebuah Kerajaan bersih dan berintegriti dibawah pentadbiran Membangun Bersama Islam.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-16 06:27:07

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments