"SAYA HARGAI JASA KAKITANGAN UPKN"- DATO' PANGLIMA PERANG
KOTA BHARU – "Saya menghargai jasa semua kakitangan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) yang selama ini bertungkus lumus berkhidmat kepada Kerajaan Negeri," kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud.
Beliau percaya UPKN adalah tempat pertama bagi majoriti staf membina kerjaya dan tentunya mempunyai banyak kenangan jatuh dan bangun di organisasi itu.
Pesannya, jika ada pekerja berpeluang bekerja tempat lain, jangan lupakan tempat yang lama.
"Biarlah hubungan yang telah terbina sesama kita akan terus terjalin serta tidak putus dan perjuangan menegakkan kebenaran dalam memberi hak kepada semua golongan yang ada terus mekar dalam kalangan kita.
Ajaran Islam juga mengajar bahawa setiap manusia dijadikan berbagai bangsa dan bahasa untuk kita sama berkenalan di antara satu sama lain bukannya untuk bermusuh," katanya pada majlis keraian mantan staf dan penyampaian hadiah Hari Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) UPKN 2023 di Hotel Grand Renai, hari ini.
Terdahulu, Pengerusi KSK UPKN, Azimi Mahmood memaklumkan KSK ialah kelab kebajikan dan rekreasi warga UPKN yang aktif menganjurkan perlawanan badminton dan boling.
"Selama dua hari perlawanan berlangsung, acara ini mendapat penyertaan meriah daripada keluarga ahli kelab dan kakitangan yang terlibat," jelasnya.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg




(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-15 08:53:19
#semasa
#semasa
0 Comments