AIB ANWAR DI MALAM 1 SYAWAL
Kerajaan Madani bacul? Itulah soalan yang terpacul di benak pemikiran rakyat.
Mengapa terlalu takut sehingga tergamak melakukan perkara yang terkutuk seperti itu?
Di manakah YB Ahmad Fahmi Fadzil selaku Menteri Menteri Komunikasi & Digital yang sentiasa bermanis kata dengan slogan-slogan reformasi selama ini?
Pimpinan Perikatan Nasional hanyalah mengotakan janji mereka iaitu menjadi pembangkang yang konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia.
Ini jelas perbezaan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memimpin blok pembangkang berbanding PMX yang membangkang secara melulu, ghairah, rakus sehingga mahu menggulingkan kerajaan dengan gimik-gimik politik yang sentiasa menenui jalan kegagalan.
Pemimpin PN hanya mengusahakan slot Takbir Raya melalui stesyen TV arus perdana dengan harapan PMX melalui semangat juang reformasinya akan menyokong inisiatif media terbuka ini namun sangkaan hanyalah tinggal sangkaan dan meleset ternyata sama sekali.
Disangkakan panas hingga ke petang namun hujang ribut petir di waktu duhanya.
Sejuta kekecewaan dizahirkan oleh netizen pada malam menyambut 1 Syawal. Inisiatif pimpinan PN yang ingin menyantuni rakyat Malaysia di seluruh negara khususnya umat Islam melalui Takbir Raya Aidilfitri dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak munasabah.
Pastinya pentaksub PMX tidak mampu untuk berbohong pada diri mereka kali ini bahawa PMX telah mencabuli perjuangan reformasi demi kepentingan kuasa Zahid Hamidi dan UMNO.
Kegagalan Anwar Ibrahim memastikan rakaman oleh Pimpinan Perikatan Nasional disiarkan dalam rancangan TV3 pada malam semalam adalah bukti bahawa Kerajaan Madani telah gagal dalam apa yang mereka perjuangkan selama ini.
Parameter kepada kelansungan serta keutuhan Kerajaan Madani pada hari ini hanyalah kuasa demi melindungi Zahid Hamidi dan parti UMNO daripada undang-undang seperti yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang lain.
Maruah Anwar semakin tercalar, integriti Madani semakin dikhianati. DNA perangai buruk sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO kini telah meresapi jiwa dan raga pemimpin PH sehingga menjadi sebahagian daripada darah dan daging mereka. Rosak sehingga ke akar dan nadinya.
Terima kasih kerana menzahirkan sikab busuk yang telah terselindung selama ini.
Rakyat kini mampu menilai dengan lebih jelas.
"Penguasa" yang sebenar akan hukum kejahatan Kerajaan Madani dalam PRU Dewan Undangan Negeri buat 6 negeri dalam masa terdekat ini.
Nantikan gelombang yang tidak akan mampu tertahan ini.
Gelombang menolak Kerajaan Madani sehingga ke akar umbi.
Sekian
KAMIL ARIF BAIHAGI
Pengerusi SiswaPAS
#BersihdanStabil
#PNBEST
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-23 05:13:15
#pas
#pas
0 Comments