MAHASISWA ASET PENTING PEMBANGUNAN NEGARA
KOTA BHARU – Mahasiswa selaku golongan berilmu adalah aset penting terhadap pembangunan negara.
Demikian kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika menerima kunjungan hormat pemimpin Persatuan Kebajikan Anak Negeri Kelantan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kompleks Kota Darul Naim, Khamis lalu.
Beliau menegaskan, golongan mahasiswa adalah generasi penerus yang akan membawa perubahan dan kemajuan bagi bangsa dan negara.
Beliau berharap, mahasiswa menjadi agen perubahan yang mampu menghasilkan inovasi dan solusi bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat.
Tambah beliau, golongan ini juga boleh memanfaatkan segala pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh pengajian dari pelbagai institusi di Malaysia dengan mengeluarkan idea-idea bernas kepada pihak kerajaan tentang strategi dan cara menjana pendapatan negara.
Mengulas lanjut beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kunjungan hormat daripada mana-mana institusi dalam rangka meningkatkan kualiti pendidikan dan kebajikan anak Kelantan.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-10 05:11:25
#semasa
#semasa
0 Comments