PROGRAM BERMANFAAT TARIK MINAT ANAK MUDA
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program bermanfaat khusus kepada anak muda.
Program Anak Muda Bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Madinah Ramadan, Dataran Warisan ialah antara acara tahunan yang menarik minat ribuan belia.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat memaklumkan program tersebut berjaya mengumpul anak muda dari seluruh Kelantan untuk menimba ilmu daripada Ikon Anak Muda yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada tokoh agamawan itu.
"Anak muda merupakan tunjang kekuatan kepada perjuangan Islam.
Anak muda buatlah apa sahaja perkara yang disukai, asalkan tidak bercanggah dengan syarak dan memastikan Islam sentiasa di depan," katanya dengan memetik pesanan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Ustaz Ropein Hasan.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-10 01:25:11
#semasa
#semasa
0 Comments