BELLA DIBELA
https://www.facebook.com/paspusat/posts/356765536490721
Selepas lebih setahun menanti.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini putuskan Siti Bainun bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.
Terima kasih kepada semua yang berjuang buat adik Bella.
Bella: Anak Syurga Yang Teraniaya
Pelbagai perasaan timbul apabila membayangkan kesakitan yang ditanggung Bella selama ini. Didera namun tidak mampu bersuara membela diri.
Dunia mengajar kita bahawa iblis bertopengkan manusia ini wujud. Bahkan, manusia yang lebih teruk daripada iblis itu juga ada. Hatta yang menjadi bara api neraka adalah terdiri daripada jin dan manusia.
Sungguh, tiada langsungkah perikemanusiaan dalam diri manusia itu sehingga sanggup memperlakukan seorang insan yang lemah fizikalnya dan lumpuh mentalnya lebih teruk daripada binatang kurap yang hanya disepak dan ditendang? Bahkan binatang pun tidak diperlakukan sebegitu.
Manusia yang hilang nalurinya sebagai manusia tidak layak digelar manusia. Lalu apakah gelaran yang sesuai bagi suatu makhluk yang menganiaya dan mendera seorang manusia lain?
Menganiaya dan mendera tidak lagi tepat untuk menggambarkan perlakuan tersebut. Tiada kata mahupun ayat yang mampu mendeskripsikan perbuatan menyimbah air panas berkali-kali selama berhari-hari ke atas batang tubuh seorang kanak-kanak istimewa.
Tiada kata-kata untuk memberitahu dunia bahawa kanak-kanak istimewa yang yatim dan piatu ini telah dikebulurkan, dicederakan, dipaksa untuk makan cili, najis dan muntahnya sendiri.
Berbagai kejahatan lagi yang dilakukan oleh manusia ini dan jika disenaraikan satu persatu pasti di akhir penulisan ini, pelaku itu akan dicop iblis. Bukan manusia dan bukan binatang. Lebih hina daripada itu.
Kita ini hakikatnya makhluk yang hina. Dicipta dari cecair yang hina. Lalu apa yang memuliakan kita berbanding makhluk lain? Akal fikiran yang waras serta hati dan perasaan yang penuh lengkap dengan naluri kemanusiaan.
Lalu, apakah perbuatan kejam seperti itu adalah perbuatan seorang manusia? Tidak.
Buat manusia itu, bertaubatlah. Dosamu akan diampunkan selagi mana kamu tidak melakukan perbuatan syirik. Dan mohonlah kemaafan daripada insan itu selagi mana dia masih hidup dan ingin memaafkan. Ingatlah, tanpa ampun daripada Allah dan maaf daripada insan itu, hilang nikmat hidupmu di dunia dan di akhirat kelak.
Semoga keadilan tertegak buat Bella.
#Justice4Bella
#JusticeForBella
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-03 08:51:18
#pas
#pas
0 Comments