Mantan Ketua Pembangkang Dun Kelantan merangkap Setiausaha BN negeri, Md Alwi Che Ahmad cuba memainkan naratif sensasi mengandaikan ada bekas Adun PAS yang tidak tercalon semula dalam PRN kini melakukan protes secara senyap.
“Saya yakin protes secara senyap itu akan memberi kesan besar kepada slogan PAS untuk mempertahankan Kelantan,” katanya yang turut mendakwa Datuk Ahmad Yakob tidak akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Kelantan.
“Pada hemat saya Kelantan akan mendapat Menteri Besar yang baharu sekiranya Pas terus mentadbir Kelantan dan perkara ini saya hampir pasti.
“Cuma saya tidak tahu siapa yang akan menjadi Menteri Besar susulan gabungan mereka menerusi Perikatan Nasional (PN)," jelasnya.
Bagaimanapun dakwaan itu disambut dengan tenang oleh kalangan penyokong PN.
“Kalau betul sekalipun akan berlaku pertukaran kepimpinan, itu adalah lumrah. Yang pasti penggantinya bukan dari Umno, apatah lagi Md. Alwi,” ujar Abdul Aziz, 64 seorang petugas pilihanraya PN di DUN Kok Lanas.
Dalam kehangatan kempen kali ini, tiga nama iaitu Md Alwi, Jazlan (Ketua BN Kelantan) dan Zawawi (Ketua Penerangan BN Kelantan) sering dijadikan momokan ahli-ahli Umno negeri ini apabila kesemua mereka dianggap tidak menyertai pilihanraya Dun kali ini kerana takut kalah.
Sementara itu, seorang ahli Umno Bahagian Kok Lanas yang enggan dikenali menempelak kenyataan sinis Md Alwi menerusi sebuah portal berita yang menyifatkan Annuar Musa sebagai pemimpin kecewa yang sedang marah-marah.
“Bual (sembang kari – p) bagi ko Md Alwi. Kalau beliau rasa kuat sangat BN PH, kenapa tak pertahankan kerusi Dun Kok Lanas dalam PRN kali ini?
“Selagi boleh makan dedak Teruskan. Nanti dapat habuan,” katanya sambil tersenyum.
0 Comments