Ticker

6/recent/ticker-posts

Bersatu Gua Musang diterajui pimpinan baru


GUA MUSANG: Bersatu Gua Musang masih lagi mempunyai 12 cawangan yang diaktif semula selepas lama tidak bergerak di era kepimpinan lama.

Ketua Penaja, Dato' Shaari Mat Hussain berkata, Bersatu Gua Musang menyusun semula kepimpinan baru selepas mantan Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim tergugur sebagai ahli Bersatu. 

“Bersatu Gua Musang dalam proses pendaftaran semula memandangkan kepimpinan dahulu sudah lama tidak mengadakan mesyuarat,” katanya di sini. 

Media semalam melaporkan, seramai 480 ahli daripada 12 cawangan Bersatu di Gua Musang mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno Sabtu lepas.

Kumpulan tersebut diketuai bekas Timbalan Ketua Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin. Difahamkan pemimpin merupakan orang kuat Mohd Azizi.

Sementara itu Pengerusi Bersatu Kelantan Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, 

Bersatu Kelantan sebelum ini menerima beberapa aduan berkaitan Che Ariffin dan rakan-rakannya yang bersekongkol dengan Azizi yang terlucut sebagai ahli.

Katanya, mereka sedang menunggu untuk diambil tindakan disiplin.

Oleh itu kata beliau tindakan kumpulan terbabit keluar parti sebagai tidak mengejutkan kerana mereka dalam proses diambil tindakan disiplin.

Post a Comment

0 Comments