Ticker

6/recent/ticker-posts

‘Pertahan Nenggiri’ wadah informasi penduduk Nenggiri




KOTA BHARU: Penduduk di DUN Nenggiri agak bertuah apabila ada akhbar khas diedar bagi memaparkan pelbagai isu yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Akhbar Pertahan Nenggiri diedar kepada penduduk di DUN Nenggiri dengan edisi pertama berada di pasaran pada 30 Julai lepas. Dan edisi kedua diedar hari ini.

Akhbar tersebut diterbit Media Point Badan Perhubungan PAS Kelantan diedar secara percuma kepada penduduk di DUN Nenggiri.

Pertahan Nenggiri diterbit setiap dua hari sekali mengandungi empat halaman memuatkan berita-berita semasa, gerak kerja kempen calon Perikatan Nasional (PN) dan lensa peristiwa.

“Akhbar tersebut menjadi rujukan penduduk bagi mendapat maklumat mengenai isu semasa di sekitar DUN Nenggiri dan isu-isu nasional.

“Petugas di Bilik Operasi Penerangan PRK Nenggiri yang berpusat di Markas Tarbiah Limau Kasturi mengedarkan akhbar tersebut kesemua Unit Daerah Mengundi di Nenggiri,” kata Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad.

Selain akhbar Pertahan Nenggiri, orang ramai juga boleh mendapat berita secara atas talian melalui https://mediapoint.kelantan.co/; Facebook Media Point, KelantanTV dan Harakahdaily.net.

Post a Comment

0 Comments