KOTA BHARU: Faktor kenaikan kos sara hidup sekarang menyebabkan ada pengundi di Nenggiri melihat nilai kebendaan kerana mereka perlu wang untuk membeli keperluan harian.
Psikososio sebuah universiti awam Dr Zulkeflee Yaacob berkata, strategi umpan material disebut meluas penduduk di Nenggiri kerana masih ramai terbelenggu dengan kemiskinan.
Dr Zulkeflee Yaacob |
Katanya, biar pun lebih 40 tahun mereka memilih wakil rakyat BN, namun kehidupan penduduk di Nenggiri tidak banyak berubah.
“Masalah demografi dan sosioekonomi penduduk menyebabkan masih ramai lagi yang terikat dengan Umno kerana ada hubungan dengan kerajaan Pusat.
“Lebih-lebih lagi penduduk Orang Asli yang tinggal di lima Pusat Daerah Mengundi di pedalaman Gua Musang merupakan deposit kekal Umno kerana faktor kehidupan masih terdesak,” katanya di sini.
Kata beliau juga peranan media sosial begitu penting pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, namun ia berbeza dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Nenggiri.
Beliau berkata, liputan internet di banyak tempat di Dun Nenggiri agak terbatas dan paling ketara di penempatan Orang Asli yang terletak di pedalaman Gua Musang.
“Misalnya di Pos Pulat biar pun menara telekomunikasi berada tidak jauh dari rumah penduduk namun liputannya sering terganggu.
“Keadaan yang berlaku itu menyebabkan maklumat yang disalur melalui media sosial kurang sampai kepada sasaran,” katanya.
Malah baru-baru ini Media Point melaporkan penduduk Orang Asli di Pos Pulat memberitahu liputan telekomunikasi di penempatan tersebut sering terganggu.
Menurut penduduk ada ketika gangguan berlaku sehingga dua hari menyebabkan masyarakat Orang Asli sukar berhubung.
Dr Zulkeflee juga berkata, berbeza berbanding Umno kerana parti itu dibantu agensi dan jabatan kerajaan Pusat sehingga mereka dapat menguasai penempatan Orang Asli dan kampung tradisional.
Kata beliau pemimpin Umno menggunakan kedudukan dalam kerajaan menaiki helikopter ke penempatan Orang Asli yang mengambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai.
Rumah penduduk Orang Asli di Pos Pulat |
0 Comments