Ticker

6/recent/ticker-posts

ECRL JAJARAN KELANTAN SIAP 81.89 PERATUS


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 29 Ogos – Sehingga Julai 2024, status pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah 81.89 peratus bagi jajaran rel negeri Kelantan sepanjang 43.86 km.  

Exco Kerjaraya YB Dato' Dr Izani Husin memaklumkan pihaknya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuaan atas komitmen yang tinggi berdasarkan semangat federalisme.

“KIta (kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan pihak MRL berkaitan kemajuan keseluruhan projek melibatkan negeri Selangor, Pahang dan Terengganu pun sudah mencapai 70.13 peratus pada Julai 2024.

"Panjang keseluruhan jajaran adalah 665km yang menghubungkan bandar Kota Bharu ke terminal bersepadu Gombak.

“Insya Allah kita doakan projek ini siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan dijadual mula beroperasi pada Januari 2027,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Untuk rekod, projek ECRL di Kelantan menempatkan sebuah stesen penumpang di Tunjong, Kota Bharu dan sebuah lagi stesen penumpang berserta kargo di Cherang Tuli, Pasir Puteh yang berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi wilayah yang terletak berhampiran stesen dan di sepanjang laluan rel ECRL.

Sekali gus membuka pusat pertumbuhan baharu dan peluang peningkatan pelaburan di Kelantan.




Post a Comment

0 Comments