MUHAMMAD ARIF ISMAIL
BACHOK: Kerajaan negeri menganjur Majlis Hubbun Nabi Muhammad SAW di setiap jajahan di Kelantan dengan bermula di Kota Darulnaim sebagai usaha menyemai semangat cintakan baginda SAW.
Program terbabit diadakan sempena bulan Rabiulawal sebagai memperingati kelahiran baginda SAW.
Perasmian peringkat negeri disempurnakan Menteri Besar Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud di Dewan Teratai Kota Darulnaim pada bulan lepas.
Pada program yang diadakan peringkat jajahan Bachok malam tadi dihadiri
lebih 1,000 penduduk tempatan.
Program itu diselit bacaan seribu Surah Yasin diketuai bekas Mudir Pusat Pengajian Pondok Moden Kandis, Syeikh Wazir Che Awang.
Program terbabit bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Orang ramai turut berpeluang menyertai bacaan qasidah, berzanji dan selawat.
Ia dirasmikan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok, Shamsul Abu Bakar turut dihadiri pendakwah terkenal Ustaz Mokhtar Yaacob. Ia berlangsung di tapak Pasar Malam Pantai Irama.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin; ADUN Tawang, Harun Ismail dan ADUN Jelawat, Zameri Mat Nawang.
0 Comments