Ticker

6/recent/ticker-posts

10 PESERTA PERTANDINGAN SYARAHAN PERDANA PMBI 2024 MARA KE PENTAS AKHIR

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 10 November - Sepuluh peserta terbaik telah dipilih untuk beraksi di pentas akhir Pertandingan Syarahan Perdana PMBI 2024 yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

Timbalan Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta YB Nik Bharum Nik Abdullah yang juga Pengarah Program mengucapkan penghargaan kepada 32 peserta yang menghantar rakaman video persembahan.

Menurutnya, sepuluh daripada 32 peserta terbaik yang mara ke pentas akhir itu dinilai berdasarkan pemarkahan yang teliti oleh panel juri dalaman daripada pihak pengelola pertandingan iaitu dari kalangan pegawai di Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN).

“Kriteria pemarkahan yang diambil kira merangkumi ketepatan isi, gaya penyampaian, penggunaan bahasa, dan adab, yang keseluruhannya memberikan markah maksimum sebanyak 100 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Barisan sepuluh peserta yang berjaya mara ke pentas akhir ialah Nur Aisyah Balqis binti Abdullah @ Abdul Aziz (Bachok) dengan 89.5 markah. Disusuli Hiliah Amaanie binti Mohamad Nawi (Pantai Irama) yang meraih 84 markah dan Norsyamimi binti Ab Manah (Kelaboran) - 83 markah.

Seterusnya, Ahmad Ramzil Hafizie bin Rusli (Pulai Chondong) dengan 80 markah. Mengikuti di belakangnya Habib Almawardi bin Fauzi (Pantai Irama) dan  Nor Amalin Syahirah binti Shari (Kadok) dengan keputusan yang sama 78 markah.

Manakala Amirah Syakirah binti Anuar (Gual Periuk) dan  Nur Dini Ayuni binti Khadzait (Ayer Lanas) hanya dua mata sahaja ketinggalan dengan 76 markah.

Sementara Muhammad Syihab bin Nokman (Wakaf Bharu) pula mendapat 73 markah dan dikejar oleh Nur Alyaa Batrisya binti Mohd Hishammuddin (Kemuning) dengan 72 markah.

YB Nik Bahrum memaklumkan pertandingan akhir akan menyaksikan tiga juri berkaliber yang terdiri daripada ahli akademik dari institusi pendidikan tinggi serta mantan juara pertandingan Syarahan Perdana sebagai penentu kejuaraan.

“Johan pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2000, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM1500 dan RM1000. Setiap pemenang juga akan menerima sijil penghargaan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan sebagai pengiktirafan atas pencapaian mereka.

“Tahniah kepada semua peserta yang berjaya ke peringkat akhir dan kita menantikan persembahan hebat mereka dalam pertandingan yang bakal berlangsung pada 18 November nanti,” ujarnya.



Post a Comment

0 Comments