Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemuda PAS nasihat Nakhaie berehat dunia politik

Mohamad Kamal


KOTA BHARU: Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dinasihat berehat daripada dunia politik dan berhenti memberi pandangan terhadap pihak lain.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed berkata, sudah 35 tahun pemimpin terbabit meninggalkan PAS dan sekarang hanyut dengan fikrah baharunya.

Katanya, pemuda PAS membesar dengan sentuhan kepimpinan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 

“Anak muda lebih menyayangi Tuan Guru dan masih perlukan santunan kepimpinannya.

“Sebaliknya Nakhaie menyebut taat membabi buta ahli PAS terhadap Tuan Guru Presiden. Barangkali dia terkhilaf tentang taksub yang menolak kebenaran dengan taat dalam menjunjung kebenaran,” katanya di sini.

Baru-baru ini Nakhaie pada perkongsian di Facebooknya mencadangkan Tuan Guru Abdul Hadi berehat daripada karier politiknya.


Mohamad Kamal berkata, tidak pelik langsung ulasan seperti itu yang datang daripada orang yang menyimpan kesumat dendam terhadap PAS sejak sekian lama.

Menurutnya juga Presiden PAS tidak menyebut soal mimpi berjumpa Rasulullah s.a.w sebagai hujah untuk orang lain, sebaliknya berkongsi berita gembira melalui jawapan istikharahnya. 

“Mimpi tetap mimpi dan tidak boleh dijadikan sandaran hujah tetapi mempersendakan mimpi berjumpa nabi adalah suatu kejahilan agama.

“Bagi anak muda yang mendengar kuliah Tuan Guru dari awal sampai akhir akan memahami konteks yang dibawanya iaitu suatu prinsip taqrib sunni-syiah demi penyatuan umat Islam seluruh dunia. 

“Tuan Guru tidak mengajak kepada perbalahan tetapi harmoni memimpin penyatuan,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments