Ticker

6/recent/ticker-posts

Era BN tadbir Terengganu hanya harap royalti petroleum



MARANG: Boleh dikatakan 80 hingga 90 peratus sumber pendapatan negeri ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir Terengganu bergantung sepenuhnya kepada royalti petroleum.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, hanya sekitar 10 peratus sahaja hasil daripada sumber lain.

 


Katanya, sejak era Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Datuk Idris Jusoh, Datuk Ahmad Said dan Datuk Ahmad Radzi Abdul Rahman hanya mengharap hasil royalti petroleum. 

“Kerajaan BN hanya bergantung kepada royalti petroleum bagi mengurus negeri,” katanya di sini.

Terengganu tidak lagi mendapat bayaran tunai royalti petroleum selepas kerajaan Madani menguasai Putrajaya. 

Bagaimanapun hasil rundingan yang dibuat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mendapatkan kelulusan wang royalti tahun ini berjumlah RM792.32 juta.

Menurut Menteri Besar Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berdasarkan anggaran keseluruhan, wang royalti sepatutnya diterima pada tahu lalu dan tahun ini masing-masing sebanyak RM1.524 bilion.



Razali yang juga Pengerusi Bersatu Terengganu berkata, mulai tahun 1999 royalti petroleum ditukar kepada wang insan oleh kerajaan pusat selepas Terengganu ditadbir PAS.

“Sebelum ini bayaran royalti dibayar terus Petronas kepada kerajaan negeri. Namun pada 1999 Petronas bayar kepada Kementerian Kewangan dan kementerian bayar kepada kerajaan negeri.

“Sekarang kerajaan Madani membayar kepada Terengganu secara runcit-runcit, dan tidak lagi seperti dahulu.

“Ini menyebabkan terhalang banyak program dan agenda pembangunan yang dirancang apabila kerajaan pusat menyekatkan bayaran petroleum,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments