Ticker

6/recent/ticker-posts

JADIKAN SEPERTIGA MALAM WAKTU MENDEKATI ALLAH – EXCO DAKWAH

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 28 Januari – Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud mengingatkan umat Islam agar memanfaatkan waktu sepertiga malam sebagai peluang mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub).

Beliau menyeru masyarakat untuk memperuntukkan hari dan masa tertentu bagi tujuan tersebut ketika menyampaikan Kuliah Isra’ Mikraj di Surau Hijau Wakaf Stan, Demit, hari ini.

Menurutnya, umat Islam harus menjaga keutamaan solat kerana ia merupakan benteng utama dalam mencegah kerosakan akhlak dan jenayah.

"Masalah kerosakan akhlak dan jenayah akan dapat dicegah malah berkurangan sekiranya majoriti umat Islam menjaga solat," katanya.

Dalam tazkirah tersebut, beliau turut menekankan pentingnya menegakkan kebenaran meskipun berdepan cabaran.

"Kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan, tetapi jika kebenaran tidak diperjuangkan, kebatilan akan menguasai," ujarnya.

YB Mohd Asri juga menekankan bahawa kesatuan umat Islam adalah kekuatan utama yang mampu menggerunkan musuh dan menghalang mereka daripada menindas umat Islam.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh umat Islam untuk mengasihi serta berjihad mempertahankan Masjidil Aqsa sebagaimana kasih kita terhadap Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

"Jihad mempertahankan Masjidil Aqsa adalah kewajipan seluruh umat Islam," tegasnya.

Post a Comment

0 Comments