Ticker

6/recent/ticker-posts

KEPAKARAN JPPH PASTIKAN ASET NEGERI DIURUS DENGAN BAIK – MB KELANTAN

Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 6 Januari - Kepakaran pasukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Kelantan amat penting bagi menjamin semua aset kerajaan negeri diurus dengan baik demi menjaga kepentingan rakyat.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata JPPH memainkan peranan penting dalam urusan penilaian, pajakan, pemindahan hak milik serta pengurusan aset milik kerajaan negeri.

Jelasnya, usaha tersebut sejajar dengan kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan setiap inci tanah dan hartanah di Kelantan diurus dengan lebih teliti.

"Hubungan yang erat serta kerjasama yang baik di antara kerajaan negeri dengan JPPH akan terus diperkukuhkan demi manfaat rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi siaran media miliknya selepas menerima kunjungan hormat daripada JPPH yang diketuai pengarah JPPH Ishak Yahya berserta para pegawai di pejabatnya di Mabna, hari ini.

Menteri Besar turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada JPPH Negeri Kelantan atas kecemerlangan pasukannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negeri dan rakyat Kelantan.




Post a Comment

0 Comments