Ticker

6/recent/ticker-posts

Lalat Afrika hisap darah manusia



Oleh Dr Zulkeflee Yaacob

UMNO lalat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan kedudukan wakil rakyatnya dalam kerajaan. 

Ujarnya sebagai memetik idea pemimpin DAP, Nga Kor Ming kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh baru-baru ini.

Penulis cuba mengupas tentang serangga tersebut yang boleh terbang dan biasa hinggap pada benda kotor dan menyebarkan penyakit. 

Ini kerana cara pemakanannya serta sifatnya yang sering terbang ke tempat kotor seperti tandas, sampah serta gemar hinggap di badan kerbau. 

Ia makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk ke dalam perutnya melalui belalai. 

Lalat satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.



Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, namun lalat askar hitam hanya terbang di persekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.

Pelbagai jenis lalat, iaitu lalat rumah, lalat hijau, lalat buah, lalat bunga, lalat tsetse lebih berbahaya atas genus Glossina yang berasal dari Afrika lazimnya menghisap darah manusia dan binatang serta menyebarkan penyakit tidur.

Aspek simpulan bahasa dan peribahasa tentang lalat seperti “jinak-jinak lalat (persahabatan tidak akrab), pening lalat (pening sedikit), lalat hijau (hina dan buruk perangai) dan belum terbang lalat (pagi benar)”. 

Meski pun hanya seni bahasa tetapi mengungkapnya sebagai gaya bahasa perumpamaan perlu cermat lisan di mana pun keberadaan. 



Lantaran keceluparan Nga Kor Ming selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang enggan melayan dan bergaduh dengan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh atas alasan tidak setaraf dan tidak efektif melayan kerenahnya berhubung isu sandwic ‘ham’ yang dijual di KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM) menggunakan logo halal tidak sah.



Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub pula mendakwa kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan Umno sebagai lalat bertujuan menghina Umno. 

Jauh sekali tafsiran beliau tentang survival bangsa, nusa dan agama kerana konsep pemikir falsafah barat “bakat cari wang tapi otak kelola wang”. 

Jauh tersesat dari agenda dasar parti yang wujud untuk membela umat Islam Melayu dan tanah air. Parti yang banyak bakti kepada negara lebih enam dekad akhirnya ditelan  pasca-PRU ke-15 kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Sesat di hujung jalan masih ada hayat kembali ke pangkal perlembagaan Persekutuan yang tertera hak Islam-Melayu. 

Namun, jika mereka berterusan bergantung kepada wang untuk mendepani kehidupan, tiba waktu musibah akan menimpa keturunan mereka.


Keperitan menimpa atas salah perhitungan kerana majoriti Melayu/Bumi lebih 62.9 peratus daripada populasi penduduk Malaysia.

Post a Comment

0 Comments