Ticker

6/recent/ticker-posts

TERJEMAHKAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN – MB KELANTAN

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 26 Januari 2025 – Kerajaan Negeri Kelantan mengharap sokongan daripada semua pihak untuk memastikan penghayatan Islam sebagai cara hidup dapat diterjemahkan dalam kehidupan harian masyarakat.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata solat, yang merupakan tiang agama, diharap dapat menjadi asas yang kukuh dalam membangun ummah yang berdaya saing dan berkualiti.

Melalui perutusan rasmi sempena memperingati sirah mukjizat Rasulullah SAW yang terjadi pada 27 Rejab itu, beliau mengupas kepentingan solat dengan menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj tahun ini dengan tema “Memperkasa Penghayatan Solat Sebagai Asas Pembangunan Ummah.”

“Majlis memperingati peristiwa agung ini bertujuan mengukuhkan penghayatan solat dalam kalangan masyarakat sebagai tonggak utama pembangunan ummah.

“Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan perjalanan suci Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Isra’,” catatnya dalam laman sosial, hari ini.

Post a Comment

0 Comments