KOTA BHARU, 13 April — Usaha menyelaras keperluan pembangunan negeri Kelantan dengan agenda nasional yang menekankan perpaduan, kemampanan dan kesejahteraan rakyat diteruskan melalui Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan Tahun 2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Kota Darulnaim, pada Sabtu.
Mesyuarat berlangsung hampir sejam itu turut disertai barisan pemimpin tertinggi kerajaan persekutuan dan negeri, menandakan komitmen bersama dalam merapatkan jurang pembangunan serta memperkukuh tadbir urus yang inklusif dan responsif terhadap keperluan rakyat.
Ketibaan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada jam 8.40 pagi disambut oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Komunikasi, YB Dato’ Fahmi Fadzil diringi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Dalam satu kenyataan di media sosial, Menteri Besar menegaskan bahawa keterbukaan dan kematangan dalam pentadbiran negeri merupakan asas utama bagi menjayakan agenda pembangunan bersepadu demi rakyat Kelantan.
“Pagi ini, saya membawa hasrat dan harapan besar rakyat Tanah Serendah Sekebun Bunga ke meja perbincangan bersama YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan Tahun 2025. Semoga segala perancangan dan perbincangan ini menjadi titik tolak kepada kemajuan negeri yang lebih sejahtera dan lestari. Insya-Allah,” katanya.
Dato’ Mohd Nassuruddin turut menegaskan bahawa pembangunan negeri tidak boleh bergerak secara bersendirian, sebaliknya memerlukan penyelarasan rapi dengan dasar dan pelan tindakan peringkat persekutuan.

Sementara itu, Timbalannya, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan juga menzahirkan penghargaan atas kesudian Perdana Menteri hadir ke Kelantan bagi menjayakan mesyuarat berkenaan yang disusuli dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Pantai Irama, Bachok.
“Semoga kunjungan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama dan memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan demi manfaat menyeluruh kepada rakyat Kelantan,” ujarnya.
“Semoga kunjungan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama dan memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan demi manfaat menyeluruh kepada rakyat Kelantan,” ujarnya.
0 Comments