PASIR PUTEH, 13 April – Program Lokal Agenda 21 (LA 21)- Cakna Alam Sekitar 2025 yang berlangsung di Taman Rhu Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, semalam telah berjaya menarik lebih 1,000 orang peserta.
Ketua Jajahan Pasir Puteh merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Mohd. Roshdi Ismail mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat, terutamanya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan- Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), JPN, PPD dan pihak sekolah serta ibu bapa yang telah hadir menjayakan program tersebut.
“Saya dimaklumkan bahawa untuk pendaftaran awal bagi larian alam sekitar, pihak penganjur telah menerima 955 penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah rendah di pelbagai daerah negeri ini termasuk dari daerah Besut, Terengganu.
Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya menghantar penyertaan paling ramai iaitu Sekolah Kebangsaan Alor Peroi, Besut yang telah menghantar seramai 282 pelajar sekaligus menerima wang saguhati bernilai RM500 daripada pihak penganjur atas penyertaan pelajar paling ramai,” katanya.
Tambah beliau lagi, selain larian alam sekitar, terdapat pelbagai aktiviti lain yang berjalan serentak pada hari tersebut seperti gotong royong, kempen kitar semula minyak terpakai, kempen kutipan pakaian terpakai dan penanaman semula pokok bagi penghijauan alam sekitar.
Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Semerak Yang Berhormat Nor Sham Sulaiman dan ADN Limbongan, Yang Berhormat Nor Asilah Mat Zain yang turut hadir di program tersebut mengajak orang ramai agar dapat menjaga alam sekitar dan mengekalkan keindahan bumi hijau khususnya di Pasir Puteh.

0 Comments