Lebih 5,000 keluarga sertai 'fun walk'


KOTA BHARU: Lebih 5,000 peserta dalam kalangan keluarga PAS menyertai 'fun walk' sempena sambutan ulangtahun PAS Kelantan ke-70 pagi ini. 

Acara pelepasan bermula di pintu gerbang Medan Ilmu disempurnakan Setiausaha Perhubungan PAS negeri Dato Wan Roslan Wan Hamat. Hadir sama Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Dato Siti Zailah Mohd Yusoff, anggota-anggota Exco Dato Rohani Ibrahim dan Hilmi Abdullah.

Peserta melalui Jalan Sultan Ibrahim, simpang empat hadapan KB Mall kemudian memasuki Jalan Bayam dan berakhir di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV. 

Manakala di Dataran Warisan berlangsung kuliah perdana pagi Jumaat Ustaz Azhar Idrus bermula jam 8.40 pagi. 

Hari ini merupakan acara kemuncak sambutan 70 tahun PAS Kelantan yang bermula 21 Oktober lepas. Perasmian sambutan akan disempurnakan Pesuruhjaya PAS Datuk Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakub. 


Post a Comment

0 Comments