AKSB kesan kegiatan curi bekalan air

 
Oleh Asri Hamat |

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mempergiatkan operasi bagi mengesan kecurian air dan mengesan kadar Air Tidak Berhasil (NRW).

Menurut AKSB, Unit Penguatkuasaan baru-baru ini menjalankan operasi pemeriksaan dan pemantauan di sekitar Pasir Mas bagi mengesan sebarang aktiviti sambungan bekalan air secara tidak sah.

Katanya, hasil operasi itu mendapati sebuah premis menyambung semula bekalan air tanpa kebenaran selepas bekalan terdahulu dipotong berikutan tunggakan bil yang tinggi.

“Tindakan diambil dengan menutup sambungan berkenaan menggunakan plug pada stand meter,” katanya pada kenyataan semalam.

AKSB berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung kegiatan kecurian air yang menjejaskan bekalan air serta mengurangkan NRW.

Sehubungan itu AKSB mengalu-alukan kerjasama orang ramai dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti kecurian air untuk tindakan lanjut.

“Kerjasama masyarakat amat dihargai bagi memastikan bekalan air dapat dimanfaatkan pengguna yang mempunyai akaun sah dengan AKSB,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments