Turut kelihatan Setiausaha Agung Umno, Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki mewakili Presiden Umno Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Umno Kelantan Dato' Ahmad Jazlan Yaakob.
Selain itu Presiden Parti Wawasan Negara, Dato' Seri Hamzah Zainuddin; Presiden Pejuang, Dato Seri Mukhriz Mahathir; Presiden Gerakan, Dato Seri Dr Dominic Lau, Presiden Parti Imam, Isma;il Ibrahim.
Hadir sama bekas Menteri Undang-Undang, Dato Zaid Ibrahim, wakil Parti Keadilan Sejahtera Indonesia, pimpinan NGO dan wakil-wakil kedutaan asing.
Muktamar bermula dengan pemeriksaan perbarisan anggota Jabatan Amal oleh Presiden PAS Tan Sri Tuan Abdul Hadi Awang kira-kira jam 9 pagi.
Muktamar tahunan PAS kembali ke Putik selepas enam tahun tidak diadakan di Kelantan. Laluan utama ke Putik sesak sejak pagi dengan kehadiran perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.


0 Comments