Ticker

6/recent/ticker-posts

16 September 1963 menjadi tarikh bersejarah buat sebuah negara bernama Malaysia. Negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, b...



#pas

16 September 1963 menjadi tarikh bersejarah buat sebuah negara bernama Malaysia.

Negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan adat resam ini menjadi keistimewaan kita dan mampu menggamit memori terindah untuk semua rakyatnya.

Nikmat ini adalah hasil pengorbanan pejuang tanah air yang cintakan negara kerana agama dan bangsa.

Pengorbanan yang dilakukan kerana tidak mahu generasi yang akan lahir di bumi bertuah ini terus dicengkam pemerintahan barat yang tidak selari dengan jati diri bangsa dan prinsip agama Islam yang tidak memperhambakan manusia kepada manusia.

Namun amat malang, penjajah yang meninggalkan tanah ini hanya membawa pergi kesan jejak dan jasad mereka, tidak kepada ideologi dan pemikiran mereka yang memisahkan urusan pemerintahan dan pentadbiran negara dengan agama.

Agama yang sepatutnya memimpin seluruh kehidupan manusia dihadkan kuasanya hanya kepada perkara berkaitan. Sebaliknya agama pula yang diurus, bukan mengurus. Inilah akibat daripada ideologi penjajah yang datang daripada agama yang telah diselewengkan ajarannya.

Marilah kita sebagai rakyat Malaysia kembali kepada jati diri agama serta bangsa kita dan tidak mudah terpengaruh dengan apa-apa yang bertentangan dengan prinsip dan rukun negara.

Bersama kita membina semula sebuah negara Malaysia yang sejahtera berteraskan prinsip keadilan Islam seterusnya membebaskan tanah air ini bukan sahaja daripada orang yang menjajah, tetapi juga pemikiran yang terjajah. Selamat menyambut Hari Malaysia 2022!

"Malaysia Sejahtera"

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-16 03:51:36

#pas

Post a Comment

0 Comments