PHNOM PENH: Seramai 88 pelajar daripada enam sekolah di Kemboja menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2026 yang dikendalikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula hari ini hingga 21 Oktober.
Pelajar terbabit menduduki peperiksaan SMU dengan berpusat di Sekolah An-Nikmah Al-Islamiyah Phnom Penh.
YIK turut menghantar dua pegawai bagi memantau perjalanan peperiksaan tersebut. Sekolah-sekolah agama terbabit berada di bawah Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (MAPIK).
Sekolah berkenaan iaitu Maahad Muhammadi Beung Broul, Maahad An-Nikmah Al-Islamiyah Phnom Penh, Maahad An-Nikmah Al-Islamiyah Chumnik, Madrasah An-Nikmah Al-Islamiyah Rakapopram, Madrasah An-Nikmah Al-Islamiyah Potein dan Madrasah Imam Safie Kampung Kes.
Sementara itu di KOTA BHARU, seramai 4,929 lagi calon menduduki peperiksaan SMU tahun ini termasuk sekolah-sekolah dari luar YIK.
Secara keseluruhan seramai 5,017 pelajar menduduki dikendalikan YIK tahun ini.
Sekolah agama luar Kelantan iaitu Sekolah Menengah Islam Puchong, Sekolah Menengah Islam Darul Mujahiddin Telok Panglima Garang, Terengganu, Sekolah Menengah Agama Kampung Laut Kuala Terengganu.
Selain itu Sekolah Menengah Islam Darul Bayan Paka, Johor dan Melaka.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, pelajar menduduki SMU di Kemboja bermula pada tahun 2021.
Katanya, usaha memperkasakan pendidikan Islam di Kemboja digerakkan menerusi Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja.
“Saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SMU dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada semua calon khususnya pelajar sekolah di bawah YIK.
“Hadapilah peperiksaan dengan tenang dan yakin. Manfaatkan masa dengan baik, jaga kesihatan dan iringi setiap usaha dengan doa serta tawakal kepada Allah SWT,” katanya.
Peperiksaan STAM juga bermula hari ini sehingga 2 November 2026.




0 Comments