#pas
Ada wartawan pernah tanya Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Hashim Jasin,
"Apa ustaz nak buat kalau ustaz tak ada jawatan berhubung dengan politik?"
TG Mursyidul Am jawab,
"Saya akan terus berpolitik walaupun tiada jawatan. Tidak duduk di depan, saya akan duduk di belakang. Saya tak nak nanti bertemu dengan Allah dalam keadaan membawa Islam yang cacat iaitu Islam yang menolak politik sedangkan ia ada dalam Islam. Kita nak bawa Islam yang sempurna dan kita diwajibkan buat semampu yang kita boleh. Tidak mengapa jadi pengikut di belakang asalkan ada sumbangan kita kepada Islam."
Perkara ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Mursyidul Am dalam Kuliah Maghrib Perdana HAMAS 5.0 di Perlis pada 10 September 2022.
https://www.facebook.com/hashimjasinakil/videos/802309351124746
Marilah kita pasangkan tekad untuk tetap berjuang dalam medan ini. Kita gunakan politik untuk Islam bukan Islam untuk politik.
Meskipun Islam tidak menang pada zaman kita, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk bergelumang dalam perjuangan memenangkan Islam. Insya-Allah.
#MalaysiaSejahtera
#PenyatuanUmmah

-Baca seterusnya...
2022-09-14 09:14:48
#pas
0 Comments