#pas
Contohi Kedah.
Jika kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf Ta, di manakah letaknya kekuatan Kedah sehingga dapat mencatat kemasukan pelaburan tertinggi dalam negara dan meningkatkan rizab simpanan negeri?
Jawapannya, pada urus tadbir kerajaan negeri.
Pertama, PAS Kedah tidak mencampur adukkan urusan politik parti dengan urusan kerajaan negeri.
Kerajaan Kedah mengekalkan exco kerajaan negeri daripada parti lain walau apa jua krisis dan konflik yang berlaku dalam sesama parti.
Setiap pegawai bertanggungjawab untuk membangunkan negeri tanpa mengira warna parti dan kecenderungan politik. Semuanya diberi hak dan berperanan untuk menjayakan hala tuju negeri Kedah.
Kedua, menolak budaya politik 'scrape off' di mana kerajaan negeri tetap meneruskan projek yang diusahakan atau dicadangkan oleh kerajaan terdahulu selagi mana ia bermanfaat untuk rakyat dan negeri.
Bayangkan berapa banyak projek tergendala dan dana yang dibazirkan akibat sikap ahli politik yang suka mengubah perancangan pembangunan negeri sehingga membantutkan perjalanan mencapai hala tuju yang sedia ada.
Namun, Kedah di bawah YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor memilih untuk mengamalkan sikap buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Kekuatan kerajaan negeri dimanfaatkan sepenuhnya sehingga berjaya membina Kedah Sejahtera yang memberi nikmat untuk semua.
Inilah budaya politik matang dan sejahtera yang cuba dibentuk PAS dalam setiap kerajaan yang diperintah dan Kedah telah membuktikannya dalam tempoh 2 tahun sahaja.
#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

-Baca seterusnya...
2022-09-14 04:32:27
#pas
0 Comments