#pas
DMPM Tegas Pendirian Tolak PH
1. Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru rakyat Malaysia untuk terus teguh melindungi negara daripada diperintah oleh Pakatan Harapan mengambil kira rekod pemerintahan 22 bulannya ibarat mimpi hitam buat negara.
2. Jika diingat, mereka memenuhkan kempen mereka dengan seribu tohmahan tidak berasas dan akhirnya terbukti sekadar retorik dan rekaan persepsi sebaik sahaja mereka berjaya memerintah Malaysia. Segala formula di sebalik manifesto rupanya sekadar janji manis yang dimungkiri atas alasan manifesto bukan kitab suci. Termasuklah tuduhan jijik bahawa PAS menerima rasuah RM90 juta yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan.Siasatan SPRM juga telah membuktikan PAS bersih dari dakwaan tersebut. Namun fitnah tersebut terus dicanang sebagai modal politik kotor dan lapuk.
3. Selain daripada itu, PH sentiasa menimbulkan kontroversi bersifat perkauman hingga adakalanya mengocak perpaduan kaum yang selama ini dibina di dalam negara kita dengan penuh rasa kasih sayang. DAP tidak habis-habis dengan kenyataan bersifat campur tangan terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam, dan sukar sekali melihat teguran hatta dari parti komponen Muslim.
4. Antara rekod terburuk PH adalah rakyat melihat seakan wujud campur tangan yang serius Eksekutif terhadap sistem kehakiman apabila pemimpin-pemimpin mereka dilepaskan dari kes Mahkamah. Kes yang paling memeranjatkan adalah melibatkan mantan Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng serta kes-kes lain seperti kes melibatkan LTTE iaitu YB P Gunasekaran serta YBG Saminathan .Tidak terkecuali kes melibatkan setiausaha politik pemimpin mereka.
5. Sememangnya PH hanya membuat janji indah khabar dari rupa. Retorika PH kononya membantah kenaikan harga barang walhal ketika pemerintahan mereka tetap ada harga barang yang naik juga nilai matawang Malaysia tetap pernah merudum.
6. Rakyat Malaysia perlu ingat kembali semasa zaman PH ,terdapat usaha untuk menerima Ratifikasi ICERD.Ratifikasi ini boleh menggugat keistimewaan Raja-Raja dan bumiputra sepertimana dilindungi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
7.Dewan Muslimat PAS Malaysia sekali lagi menegaskan kebersamaan pendirian dengan YB Tuan Guru Presiden yang menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan sebagaimana ditegaskan dalam Muktamar Dewan Muslimat pada 2hb September 2022 di Sik,Kedah.
#MalaysiaSejahtera
#PenyatuanUmmahMenujuKemenangan
Yb Senator Ustazah Nuridah bt Mohd Salleh,
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia,
16 Sept 2022
19 Safar 1444H
#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

-Baca seterusnya...
2022-09-16 13:39:12
#pas
0 Comments