#semasa
GENERASI MUDA DIINGATKAN KENAL ASAL USUL MEREKA - EXCO PENDIDIKAN
MACHANG - Generasi muda diingatkan supaya kenal asal usul mereka dan tidak lupa pada jasa dan pergorbanan datuk nenek mereka dalam perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada ancaman penjajah.
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan ketika berucap pada Program Muzium Bersama Komuniti di Maahad Syamsul Maarif Lelaki, semalam.
Katanya, program yang kita rintiskan ini perlu dicontohi oleh muzium-muzium lain di seluruh negara untuk manfaat kepada generasi muda.
"Muzium bukan sahaja tempat untuk menyimpan bahan-bahan lama tetapi muzium juga berperanan memperkenalkan kepada generasi muda kaitan bahan-bahan tersebut dengan sejarah bangsa.
Alat-alat senjata yang tersimpan di muzium itulah yang pernah digunakan oleh datuk nenek kita para pejuang dalam mempertahankan tanah air kita daripada ancaman penjajah," katanya yang juga selaku ADUN Temangan.
Tambahnya, kita perlu belajar daripada sejarah untuk mengenal siapa diri kita bagi melahirkan rasa cinta kepada agama, bangsa dan tanah air kita.
"Muzium adalah tempat tersimpannya kesan tamadun sesudah manusia wujud, manakala al-Quran adalah sejarah yang paling lama kerana ia menceritakan kejadian sebelum kewujudan manusia.
"Jasa dan pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat cukup besar dalam mempertahankan akidah Islam, sehingga hari ini kita menjadi manusia yang beragama.
Program anjuran Perbadanan Muzium Negeri itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan yang juga selaku Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri, YB Mejar (B) Dato' Md. Anizam Ab. Rahman.
Turut hadir, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri dan Pengetua Maahad Syamsul Maarif Lelaki.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.




-Baca seterusnya...
2022-09-14 09:43:05
#semasa
0 Comments