Ticker

6/recent/ticker-posts

TERIMA KASIH PM UMUMKAN BERITA BAIK BUAT RAKYAT KELANTAN - MB



#semasa

TERIMA KASIH PM UMUMKAN BERITA BAIK BUAT RAKYAT KELANTAN - MB

KOTA DARULNAIM - Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob mewakili seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri menzahirkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob atas pengumuman berita baik buat rakyat Kelantan.

Ustaz Dato' Ahmad berkata pengumuman tersebut dibuat oleh Dato' Sri Ismail Sabri semasa mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan ECER Bil.2/2022 dan Program Pasca-Mesyuarat di Mabna MBI, Kompleks Kota Darul Naim, pada 9 September.

Antara berita baik tersebut ialah pelaksanaan pembangunan bandar-bandar sempadan melibatkan pembinaan jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang dan pembinaan jambatan Takbai - Pengkalan Kubor.

Diikuti kelulusan Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang - Sungai Golok Fasa 2 dengan kos RM897 juta.

Seterusnya, pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) sepanjang 147 kilometer melibatkan jajaran dari Gemuruh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

Sehubungan itu, Ustaz Dato' Ahmad juga berterima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali yang turut hadir diiringi Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan ECERDC yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Dato' Baidzawi Che Mat dan para pegawai ECERDC.

Sejurus mesyuarat selesai, Dato' Sri Ismail Sabri bersama ahli-ahli mesyuarat menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian di antara ECERDC dan Yayasan PETRONAS serta Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara ECERDC dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg





...
-Baca seterusnya...
2022-09-14 05:00:01

#semasa

Post a Comment

0 Comments