#pimpinan
Kalangan mereka yang membuat kenyataan bahawa orang Melayu gagal memerintah negara itu perlu disekolahkan kerana pada hakikatnya mereka itu buta sejarah. Sekalipun mereka berilmu hanya dalam satu aspek ilmu sahaja seperti ilmu undang-undang.
Kenyataan mereka itu menyentuh soal perkauman dan sensitiviti kaum, tanpa mengira kaum yang sangat berperikemanusiaan dan berbudi bahasa kepadanya. Seolah-olah telah lupa terhadap bangsanya sendiri yang pernah dizalimi, ketika diangkut oleh penjajah dan diperhambakan di tapak lombong dan ladang-ladang.
Islam telah memperkasakan bangsa dalam rumpun Melayu di Nusantara, sehingga berjaya menegakkan beberapa kerajaan yang bertamadun sebelum kedatangan golongan penjajah. Adanya kerajaan seperti Kesultanan Melaka, Kerajaan Demak, Kerajaan Acheh dan lain-lain, kerajaan yang silih berganti berkuasa.









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-26 04:05:32
#pimpinan
0 Comments