#pas
KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
SERUAN SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT SELURUH NEGARA
18 SAFAR 1444H |15 SEPTEMBER 2022
1. Dewan Ulamak PAS Pusat ingin menyeru umat Islam di seluruh negara supaya menganjurkan solat hajat dan munajat pada 15 September 2022 bersamaan 18 Safar 1444H iaitu hari Khamis malam Jumaat akan datang. Penganjuran solat hajat dan munajat tersebut adalah bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun.
2. Mesej utama daripada penganjuran solat hajat dan munajat ini adalah supaya gagasan penyatuan ummah dapat direalisasikan dalam negara. Sesungguhnya kekuatan umat Islam dulu, kini dan selamanya hanyalah berpaut pada kesatuan hati yang mendorong kesatuan fikiran dan gerak kerja. Bercerai berai hanya melemahkan umat Islam, malah membuka laluan kepada musuh Islam masuk bertapak.
3. Selain itu, kita juga mendoakan agar negara dihindari daripada sebarang bentuk musibah dan kecelakaan. Hal yang demikian ini termasuklah ramalan MetMalaysia mengenai kemungkinan banjir besar pada penghujung bulan November akan datang. Situasi dan unjuran kaji cuaca sebegini tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak.
4. Oleh itu, Dewan Ulamak PAS Pusat ingin menyeru umat Islam di seluruh negara untuk turut serta menganjurkan solat hajat dan munajat di kawasan masing-masing. Semoga Allah SWT mengurniakan keamanan, ketenangan dan kesejahteraan serta sentiasa melindungi negara ini daripada musibah insyAllah..
YB SENATOR USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAHYA
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
15 Safar 1444H bersamaan 12 September 2022M
#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

-Baca seterusnya...
2022-09-12 13:02:02
#pas
0 Comments