#pimpinan
Majlis Pelancaran Projek Hidrokuasa Kecil (PHK) Fasa 1
YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan ketika hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Hidrokuasa Kecil (PHK) Fasa 1.
Projek bernilai RM 1.2 bilion tersebut akan menjadi antara pemangkin dalam merancakkan pembangunan ekonomi Negeri Kelantan.
1000 peluang pekerjaan bakal disediakan kepada majoriti anak tempatan dalam tempoh pembinaan sehingga siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Kerajaan Negeri yakin projek yang dibangunkan berasaskan konsep penjanaan hidrokuasa jenis Turus Rendah dengan Sistem Lata di tiga (3) lokasi di Sungai Galas yang terletak di dalam daerah Dabong iaitu, Kuala Geris, Kemubu dan Serasa akan menjadi antara penyumbang kepada kelestarian sektor tenaga negara.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#kelantan
#KeluargaMalaysia





-Baca seterusnya...
2022-09-19 07:50:41
#pimpinan
0 Comments