Ticker

6/recent/ticker-posts

Menolak Salah Faham Orientalis



#pimpinan

Menolak Salah Faham Orientalis

Golongan orientalis menimbulkan kekeliruan, sama ada secara sengaja untuk menyesatkan orang lain atau disebabkan kejahilan diri sendiri yang tersesat.

Mereka mentafsirkan peristiwa murtad yang berlaku hanyalah satu pemberontakan yang biasa berlaku terhadap mana-mana kerajaan dalam dunia, kerana tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah.

Mereka menganggap ia lebih tertumpu kepada sebab kebendaan, seperti ketidakadilan dalam aspek politik dan ekonomi semata-mata.

Hakikatnya penentangan golongan murtad adalah bentuk penentangan terhadap Islam yang difahami sebagai al-Din.

Berpunca daripada percanggahan dengan ajaran sesat yang diwarisi, atau Islam yang menghalang kehendak hawa nafsu sehingga mendorong mereka untuk mengerjakan yang haram dan meninggalkan yang wajib.

Selain itu, penentangan kumpulan murtad kerana mereka bertembung dengan golongan yang menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Keadaan ini lebih jelas jika diperhatikan bentuk penyelewengan yang dilakukan dengan sikap dan tindakan mereka kembali semula kepada jahiliah.

[Kuliah Dhuha Jumaat, 19 Safar 1444H]















...
-Baca seterusnya...
2022-09-16 12:00:55

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments