Ticker

6/recent/ticker-posts

Minum susu sahaja ke boleh dapat kalsium? Selain bayi dan kanak-kanak, orang dewasa pun memerlukan kalsium yang cukup untuk men...



#pas

Minum susu sahaja ke boleh dapat kalsium?

Selain bayi dan kanak-kanak, orang dewasa pun memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang dan gigi daripada rapuh atau osteoporosis apabila tua.

Tetapi orang dewasa kebanyakannya semakin kurang minum susu kerana tidak suka atau juga ada yang mempunyai 'lactose intolerance' dengan susu atau produk tenusu.

Keadaan di mana badan tidak ada enzim yang cukup untuk menghadam laktosa iaitu gula yang ada dalam susu dengan baik. Maka penghasilan gas berlaku.

Itu lah yang buat perut kita rasa berangin atau kembung dan cirit-birit

Jadi nak makan apa ya untuk dapatkan kalsium yang cukup?

Banyak ! Sayur berdaun hijau, ikan, telur, kacang dan bijirin. Antaranya:

Bayam, brokoli, bok choy dan kangkung.
Tauhu atau tofu.
Kacang kuda, kacang badam dan chia seeds.
Ikan sardin dan ikan bilis.

Selain itu, pastikan kita dapat vitamin D yang cukup untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih baik.

Cara yang paling mudah dedahkan badan kepada cahaya matahari pagi sekitar jam 10 pagi sehingga 1 ke 2 petang.

Jom sihat !

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-16 06:01:53

#pas

Post a Comment

0 Comments